20090704

Indonesia berjaya lancar roket

Utusan Malaysia 3 Julai 2009


JAKARTA 2 Julai – Pelancaran roket ke ruang angkasa dalam usaha menghantar satelit ke orbit menjelang tahun 2014 dari tapak pelancaran di negara ini hari ini berjalan lancar.

Roket RX-420 dilancarkan dari pusat pemerintahan Garut di wilayah Jawa barat pada kira-kira pukul 8 pagi waktu tempatan.

“Pelancaran roket RX-420 pada pagi ini telah berjalan dengan jayanya. Kami benar-benar gembira,” kata jurucakap agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas, Elly Kuntjahyowati kepada AFP.

Ujian pelancaran ke atas satu jenis lagi roket yang akan bercantum dengan RX-420 untuk membawa satelit ke orbit pada tahun 2014, yang dilancarkan pada tahun lalu juga telah berjalan lancar, katanya.

“Kami telah menguji roket berkenaan satu persatu,” kata Kuntjahyowati. – AFP

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0703&pub=utusan_malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_06.htm&arc=hive

0 comments: