20111208

Pertandingan Fotografi Gerhana Bulan Penuh



Sempena peristiwa Gerhana Bulan Penuh pada Sabtu 10 Disember 2011 ini, Kelab AMAL NS ( Kelab Aero Angkasa Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://amal-ns.blogspot.com/ ) akan menganjurkan Pertandingan Fotografi Gerhana Bulan Penuh.

Cuma satu hadiah ditawarkan setakat ini iaitu wang tunai RM50.

Syarat pertandingan ialah :
1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa had umur
2. Mempunyai akaun di Facebook
3. Menghantar gambar ke Facebook Penasihat Kelab AMAL NS iaitu Tuan Hj Taufek di http://www.facebook.com/hjtaufek samada post di wall atau lampir pada komen.
4. Gambar hendaklah diambil di mana-mana lokasi di Malaysia pada mana-mana bahagian gerhana bulan pada 10 Disember 2011.
5. Hanya satu keping gambar untuk satu pemegang akaun Facebook
6. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 18 Disember 2011.
7. Pemenang akan diumumkan melalui Facebook Tuan Hj Taufek pada 26 Dis 2011.

Kepada mana-mana pihak yang ingin menaja lebih banyak hadiah kepada lebih ramai peserta adalah amat-amat dialukan. Sila hubungi Sdr Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com untuk sumbangan

20100128

Roket air dan pelancar


Pelancar roket air
Roket air saiz 1.5 L
Roket air saiz 0.5 L

20090723

Borang Pertandingan




Borang Pertandingan Bolasepak Jalanan , Pertandingan Roket Air dan Pertandingan Motosikal Perlahan sempena Expo di Ambang Ramadhan 14-16 Ogos 2009 di Dataran Senawang. Maklumat lanjut program di http://yam-ns.blogspot.com/


20081226

Luahan hati Sheikh Muszaphar

Luahan hati Sheikh Muszaphar
Mohd Rashidi Hassan rashidi@harakah.net.my
Mon Dec 15, 08 4:13:52 pm MYT


ANGKASAWAN Negara, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor asalnya hanyalah pegawai kerajaan yang bertugas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Iklan

Impiannya menjadi kenyataan apabila terpilih sebagai rakyat Malaysia yang pertama ke angkasa lepas. Namun beberapa bulan selepas menempa kejayaan, impian yang menjadi kebanggaan itu, hampir-hampir tidak bermakna dan sia-sia.

Malangnya Sheikh Muszaphar menjadi 'kambing-hitam' di sebalik kelemahan kerajaan.

Teks intebiu diemelkan kepada Sheikh Muszaphar beberapa hari lepas, sewaktu beliau berada di Mekah. Bagaimana pun, penulis amat berbesar hati dan berterima kasih kepada beliau, di dalam kesibukan beribadah, beliau sempat membuat sedikit revision dan membalas emel penulis.

Ikuti luahan hati beliau kepada penulis di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, 26 November lepas.


Apa khabar Sheikh?
Alhamdulillah. Sihat walafiat .

Okey ke diatur berjumpa dengan Harakah?
Saya tak pernah berurusan dengan Harakah. Saya risau juga nak jumpa dengan Harakah.

Saya pegawai kerajaan, saya tak campur urusan politik dan saya tidak mahu dipolitikkan. Bagi saya Program Angkasawan miliki negara dan rakyat harus diberitahu perkara sebenar untuk tidak menjejaskan imej angkasawan negara .

Tapi tak apalah, alang-alang Harakah pun dah tulis macam-macam hal yang agak negatif tentang saya, saya tidak mahu saya dikambing-hitamkan. Jadi amat penting untuk saya menerangkan perkara sebenar .

Banyak isu dibangkitkan tentang Sheikh akhir-akhir ini, Sheikh sedar perkara itu?
Saya sebenarnya terlalu fokus kepada program angkasawan semenjak kembali ke bumi.

Saya telah bermula memberi ceramah kepada sekolah sekolah dan universiti semenjak bulan Mac lagi setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad dan mendapat kepuasan apabila pelajar pelajar khususnya begitu bersemangat untuk mengetahui dengan lebih mendalam dalam bidang aeroangkasa.

Saya ingin jelaskan, menjadi angkasawan adalah impian saya sejak berusia 10 tahun. Impian itu kini sudah tercapai. Tetapi saya masih belum puas.

Banyak lagi yang ingin dilakukan dan nampaknya banyak lagi halangan yang terpaksa dilalui.Yang penting diri ini ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai angkasawan negara .

Saya hanya mahu berkhidmat untuk negara dan mengubah minda rakyat Malaysia. Khususnya orang-orang Melayu tentang ilmu sains dan teknologi angkasa. Saya mahu jadi ikon ilmu, saya tak nak campur urusan politik atau jadi mangsa politik.

Tentang kes saya. Saya pun tak faham dengan Mosti. Timbalan Menteri kata, kita berhenti terima aduan dan memulakan penyiasatan. Tetapi Menteri kata tidak, kita masih membuka aduan kerana masih tiada komplen lagi.

Sekarang ini, saya difahamkan ada pihak tertentu mengarahkan pegawai Mosti menghubungi semua institusi dan sekolah yang saya pergi, untuk menyiasat saya ada mengambil duit (bayaran ceramah) atau tidak.

Mereka cuba dapatkan bukti dan sebagainya. It gives me the impression to bring me down. But I hope it?s not true.

Mereka mahu menjatuhkan imej dan maruah saya dengan mendakwa saya seorang kakitangan kerajaan, tidak boleh mengambil wang upah. Saya sedang siasat siapa yang buat kerja ini.

Media pula, tanpa mereka tahu isu sebenar, membuat laporan yang negatif tentang saya.


Bagaimana isu ini boleh tercetus?
Sebenarnya, kontrak saya dengan Mosti selama dua tahun dari Oktober 2006 sehingga Disember 2008. Saya mula bertugas di ANGKASApada bulan Februari 2008, sebelum pilihan raya umum.

Saya tidak mempunyai sebarang peranan ketika berada di ANGKASA dan mereka tidak mempunyai sebarang program untuk saya ketika itu .

Selepas sebulan mereka tidak tahu hendak buat apa (manfaatkan) dengan saya, saya buat keputusan untuk buat program sendiri.

Ketika itu banyak pihak yang menghubungi saya, mahu menjemput saya memberikan ceramah. Maka apabila kementerian tiada program untuk saya, maka saya menyusun semua jadual sendirian.

Jadual saya penuh hingga ke Bulan Disember 2008 dan segala jadual dilakukan sendiri.

Kini saya sudah memberi ceramah motivasi dan berkongsi pengalaman di angkasa lepas kepada lebih 300 sekolah seluruh Malaysia termasuk sekolah rendah, menengah, pengajian tinggi dan MRSM-MRSM seluruh Malaysia .

Kami difahamkan sudah wujud Yayasan Angkasawan Negara, tetapi Mosti tidak memanfaatkannya?
Ya, memang saya difahamkan bahawa Menteri Mosti dahulu telah menubuhkan Yayasan Angkasawan Negara. Yayasan ini sudah mendapat kelulusan Perbendaharaan.

Saya difahamkan, ianya adalah idea Menteri ketika itu, supaya sumbangan dari pihak korporat disalurkan melalui yayasan ini.

Tujuan yayasan ini ialah untuk mengendali dan menjaga keperluan orang-orang yang berjaya mengharumkan nama negara. Bukan untuk saya seorang sahaja. Ia untuk Faiz (Mejar Dr Faiz Khalid) dan semua bakal angkasawan yang terbabit dalam program ini.

Dengan adanya sumbangan ini, saya dan Faiz boleh menjelajah ke seluruh Negara, pergi ke sekolah-sekolah untuk memberikan ceramah dengan pembiayaan penuh yayasan. Sekolah-sekolah tidak perlu membayar atau mengeluarkan apa-apa kos perjalanan, penginapan dan sebagainya, untuk menjemput kami.

Tetapi malangnya apabila ditanya, saya diberitahu bahawa Yayasan ini tidak mempunyai sebarang dana. Dan kerana itulah saya terpaksa membelanjakan duit saya sendiri untuk meneruskan program angkasawan termasuk memberi ceramah kepada lebih dari 10 negara seperti Los Angeles, Washington, Brunei, Singapura, Indonesia dan negara negara Eropah.

Saya fikir wajar digerakkan yayasan ini kerana saya lihat dalam beberapa bidang seperti sukan dan sebagainya, orang yang mengharumkan nama negara tidak terjaga kebajikannya. Dengan adanya yayasan ini, masa depan kami akan lebih terjamin.

Jika saudara lihat, ramai ikon-ikon sukan dan juga dalam bidang-bidang lain, setelah habis berkhidmat, masa depan mereka tidak dikenang, kebajikan mereka tidak terjaga.

Saya amat berterima kasih terhadap Menteri yang sebelum ini kerana prihatin dengan nasib saya, Faiz dan rakan-rakan, untuk membantu membangunkan minat anak-anak muda kepada ilmu sains dan teknologi, sekaligus memelihara keperluan kami.

Yayasan sudah ada, tetapi saya tidak pasti mengapa Mosti tidak menggerakkannya.

Sheikh didakwa sudah jadi jutawan dan mengumpukan sebanyak RM1.2 juta hasil ceramah yang diadakan. Apa penjelasan Sheikh?
RM1.2 juta! Itu dakwaan yang ridiculous (tidak masuk akal)! Mereka membuat tuduhan yang melulu terhadap saya. Setakat ini saya hanya hadir ke majlis anjuran lapan badan korporat bukan 150 seperti yang didakwa.

Saya mahu jelaskan untuk sekolah-sekolah saya tidak charge (kenakan bayaran). Yang saya buat ialah mereka membeli buku. Buku tulisan aruah adik saya, Sheikh Mustapha Shukor Al Masrie.

Semua duit itu kita masukkan ke dalam tabung arwah untuk menjaga kebajikan anak anak arwah Sheikh Aiman 4 dan Siti Balkish 2 demi masa depan mereka .

Saya akui ada menerima some contribution but I never demanded how much money (terima sumbangan tetapi tidak menetapkan berapa yang harus dibayar).

Tetapi sumbangan daripada korporat saya masukkan ke dalam tabung aruah. Saya hadir majlis undangan kurang daripada 10 korporat. Bagaimana mereka dapatkan RM1.2 juta?

Mereka darabkan 150 korporat dengan RM8000!

Bagaimana saya boleh menerima undangan sebanyak 150 korporat kerana dalam masa yang sama, jadual saya dipenuhi dengan undangan daripada 300 buah sekolah. Saya tidak mampu penuhi semuanya.

Jika mereka hendak check (periksa) akaun saya, silakan! Tiada apa yang saya hendak sembunyikan. Berapa sangatlah yang ada. Saya tidak takut, saya tidak bimbang langsung, siasatlah!

Saya sering memberitahu pihak penganjur supaya jangan melalui pihak ketiga.

Sebab ada juga keadaan di mana saya dipersalahkan kerana tidak menghadiri ceramah, sedangkan saya tidak mengetahuinya. Sila berhubung secara direct melalui saya dan tidak melalui orang lain .

Setakat ini saya telah menjelajahi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dan segala perbelanjaan dilakukan sendiri . Untuk makluman sepanjang 10 bulan ini, saya dan keluarga sudah berbelanja lebih RM200 ribu.

Sheikh juga dituduh membuat permintaan yang tidak boleh dilayan Mosti sepverti meminta pengawal peribadi, penjelasan Sheikh?
Mengapa saya minta mereka pengawal keselamatan? Mereka harus sedar, di mana sahaja saya pergi budak-budak sekolah berebut-rebut dan bertolak-tolak untuk mengerumuni saya.

Sehingga ada kes tolak menolak sehingga berlaku kecederaan, ada yang terjatuh kedalam longkang dan sebagainya.

Sekuriti bukan untuk menjaga keselamatan saya, tetapi lebih kepada keselamatan anak-anak sekolah.

Sebab itu saya minta Mosti sediakan pengawal keselamatan. Mereka tak bagi, kerana mereka kata, mereka fikir saya tidak perlukan pengawal keselamatan.

Oleh kerana itu saya terpaksa gajikan pengawal keselamatan sendiri, gajikan pemandu sendiri dan menggunakan kenderaan sendiri. Dan saya telah buat semua ini selama lapan bulan yang lalu dengan tanggungan sendiri.

Saya menerima banyak undangan dan jemputan ceramah dari pelbagai pihak dan tidak sampai hati untuk menolak permintaan mereka.

Jadual saya kini penuh. Memang saya tidak mampu melakukannya sendirian. Saya merayu untuk mendapat lebih banyak sokongan dari pihak kerajaan.

Apa yang Sheikh selalu perkatakan dalam setiap ceramah?
Dalam ceramah saya ke Institut Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah, saya tekankan kepada mereka, bahawa tidak semua yang berpeluang menjadi angkasawan, tetapi setiap orang berpeluang untuk menjadi saintis yang menguasai bidang ini.

Apabila saya berceramah, saya ceritakan tentang perjalanan saya ke angkasa lepas, impian saya dan kehidupan yang saya lalui di angkasa lepas.

Saya katakan bahawa saya mengambil masa selama 25 tahun untuk menerokai angkasa lepas, jika saya boleh melakukannya, saya yakin mereka lagi boleh. Yang penting anda mesti memiliki kekuatan minda untuk mengejar impian .

Saya beritahu mereka 'Impian mampu menjadi kenyataan.' Dan saya selalu memberitahu mereka, tidak semua yang boleh menjadi astronaut (angkasawan) sebab peluangnya amat terhad.

Tetapi jadilah doktor, saintis, jadi jurutera angkasa lepas. Inilah yang saya cuba semaikan. Saya dapati mereka amat bersemangat, sehingga budak-budak berusia lima, enam tahun, kini semua nak pergi ke angkasa lepas.

Saya ingin pupuk supaya pelajar-pelajar meminati bidang sains dan matematik. Inilah objektif Program Angkasawan Negara . Impaknya akan dapat dilihat dalam masa 5-10 tahun akan datang Insyaallah .

Dari penjelasan Sheikh, seolah-olahnya kerajaan tidak peka dan tidak bersungguh-sungguh dalam program ini. Apa yang Sheikh rasakan sekarang?
Saya berasa agak kecewa apabila melihat Program Angkasawan Negara tidak mempunyai continuation sejak kembali dari angkasalepas.

Ramai yang masih ingat saya pergi ke bulan, ramai masih tidak tahu nama-nama planet dan sebagainya.

Program Angkasawan bukan sahaja melibatkan penghantaran angkasawan ke angkasa lepas tetapi lebih menitikberatkan sains, teknologi dan pendidikan.

Kerana itu setelah melawati lebih daripada 300 sekolah sekolah seluruh Malaysia saya berasakan kerajaan harus menangguhkan penghantaran angkasawan kedua tetapi lebih menumpukan kepada akar umbi khususnya bidang pendidikan, sains dan teknologi.

Kita hendak melihat lebih ramai jurutera angkasa lepas. Setakat ini kita mempunyai lebih daripada 400 aerospace engineer tetapi hanya 10 peratus sahaja yang bekerja dalam industri angkasa lepas ini.

Impian saya adalah untuk mengumpulkan semua ahli bijak pandai seperti aerospace engineer dan saintis dan dikumpulkan dibawah satu bumbung dan menghasilkan satelit, teknologi dan tidak mustahil roket Malaysia sendiri sebelum tahun 2020. Tetapi kita harus bermula dari sekarang .

Kita juga seharusnya fokus untuk menambahkan bilangan pelajar dalam bidang sains dan teknologi angkasa lepas, mendalami ilmu satelit. Bukan sekadar hendak menghantar seorang lagi ke angkasa lepas.

Saya tidak pernah menentang hasrat kerajaan untuk menghantar angkasawan, tetapi saya fikir wajar ditangguhkan dulu memandangkan keadaan politik dan ekonomi global yang menurun.

Penghantaran saya ke angkasalepas adalah satu off-set program yang tidak melibatkan wang tetapi sekiranya ingin menghantar angkasawan yang kedua kita harus membayar RM100 million ringgit selama 12 hari di angkasalepas.

Kita harus teliti dahulu apakah matlamat yang boleh dicapai dalam penghantaran angkasawan kedua .

Apa maksud Sheikh minta kerajaan tangguhkan?
Sebenarnya program yang saya sertai ini, ianya berbeza kerana kita ada off-set program dengan Russia. Itu pun kos latihan menelan belanja sehingga RM60 juta. Jika kita sekadar hendak menghantar seorang lagi ke angkasa, ianya akan menelan belanja RM100 juta sekurang-kurangnya belum termasuk kos latihan, logisti , saintifik eksperimen dan pelbagai lagi .

Jika pun kerajaan hendak menghantar seorang lagi ke angkasa. Misinya mesti lebih baik daripada misi saya sebelum ini.

Samada tinggal di ISS selama 6 bulan, menjalankan extra vehicular activity (spacewalk) ataupun menghantar seorang wanita Malaysia ke angkasalepas. Ia mesti ada kelainan daripada misi pertama .

Tapi itulah..bila saya cakap macam tu..orang kata saya tidak mahu penghantaran angkasawan kedua. Ini tidak betul sama sekali. Jangan membuat keputusan berlandaskan emosi kerana ini melibatkan wang rakyat .

Matlamat negara menghantar rakyat ke angkasa lepas sudah tercapai. Tetapi persoalannya apakah fasa selepas ini?

Kita harus mencontohi Korea Selatan. Saya pergi dulu (ke angkasa lepas) 6 bulan kemudian baru angkasawan Korea pergi, sekarang ini mereka sudah mempunyai fasa kedua. Next stage, iaitu pada Februari 2009 mereka akan melancarkan roket mereka sendiri daripada tapak kepunyaan mereka sendiri. Mereka sudah memandang jauh ke hadapan.

Inilah yang saya maksudkan. Bukan sekadar hantar seorang lagi dan seorang lagi ke angkasa lepas.

Maknanya kerajaan tidak fokus dalam program ini?
Bukan...Maksud saya saya mahu kita (kerajaan) berfikir besar tentang kepentingan sains dan teknologi angkasa lepas. Sekarang ini, sesiapa sahaja yang menguasai angkasa lepas, mereka akan menguasai dunia kerana banyak faedah yang dicapai melalui teknologi angkasa .

Sebab itu negara China, India dan Korea Selatan kini berlumba-lumba untuk menjelajahi angkasalepas selain dari Russia dan Amerika Syarikat yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini .

Tetapi perbelanjaannya memang mahal. Terutamanya sekarang dengan keadaan politik yang tidak berapa stabil, kejatuhan ekonomi dan sebagainya, saya fikir kerajaan harus lebih menumpukan kepada 'grassroot'. Tapi ini hanya pandangan saya secara peribadi.

Kesimpulan daripada kes ini, apa yang Sheikh mahu perjelaskan?
Saya tidak mahu rakyat keliru. Mereka tidak tahu isu sebenar. Itu masalahnya. Saya pun tidak sampai lagi dan berat hati hendak memberitahu semuanya saya buat sendiri, tanpa sokongan kerajaan.

Sebab itu sebelum ini, saya mengelak untuk bercakap perkara sebenarnya kerana ianya akan memberikan kesan politik. Malah ianya juga akan memberikan kesan yang buruk kepada program angkasawan. Sebab itu saya amat berhati-hati.

Saya bercakap terus berterang dengan saudara sebab kita Melayu sesama Melayu, Islam sesama Islam, lupakan soal perbezaan politik. Janganlah kita sesama Melayu berbunuhan sesama sendiri (merujuk kepada pihak tertentu dalam Mosti yang didakwa hendak mensabotajnya).

Pada saya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri harus mengetahui perkara ini dan apa yang berlaku di Mosti. Jika mereka tidak campurtangan dan tidak membuat perubahan, masa depan projek angkasawan ini akan terjejas.

Saya berhati-hati bercakap sebegini sebab saya tidak mahu merosakkan program ini.

Saya telah memberikan segala galanya kepada Program Angkasawan ini termasuk kehilangan adik tesayang ketika berada di ISS. Namun saya menyokong penuh manfaat yang akan diperolehi dalam program ini .

Program ini adalah untuk semua rakyat Malaysia. Tak kira bangsa, agama atau fahaman politik.

Kalau begitu bagaimana kalau Sheikh diatur berceramah di sekolah agama, sekolah pondok, tahfiz dan berjumpa dengan MB Kelantan?
Ya! Saya memang hendak sangat berjumpa dengan murid-murid sekolah agama. Malah saya nak sangat jumpa Tok Guru Nik Aziz (MB Kelantan). tetapi saya masih belum ada kesempatan.

Sebagai seorang Islam, saya mahu pihak kerajaan turut membangunkan ilmu sains dan teknologi, terutamanya di sekolah-sekolah agama.

Jangan sesekali kita anaktirikan sekolah-sekolah agama yang majoriti di kalangan pelajarnya adalah orang-orang Melayu.

Saya mahu ilmu ini diperkembangkan kerana sebenarnya asal usul ilmu kemajuan sains dan teknologi adalah dari kalangan ulama-ulama Islam yang termahsyur.

Saya mahu sumbangan kecil saya ini dapat membantu membangkitkan kesedaran anak-anak muda kita untuk bangkit mencapai impian.

Dan sebagai rakyat Malaysia, saya mahu berkhidmat untuk semua lapisan, semua bangsa, semua agama.

Saya mahu semua rakyat Malaysia menguasai ilmu sains dan teknologi.

Bagaimana Sheikh hendak tekankan kepentingan ilmu ini, termasuk sains dan sebagainya, dari perspektif Islam?
Jika kita bercakap soal Islam, sejak zaman dahulu lagi, peneraju dan penggerak tamadun Islam adalah kerana ilmu dan kehabatan para ilmuan Islam.

Saya merasakan umat Islam semakin tertekan di dunia. Cara untuk Islam bangkit kembali untuk membela martabat Islam ialah, orang-orang Islam mesti berilmu, jika tidak mereka akan terbelengu dalam dunia kemiskinan dan dianiaya oleh Barat.

Saya bimbang apabila umat Islam miskin dari segi ilmu, mereka juga akan mengalami kemiskinan ekonomi, serta miskin daripada kekuatan sains dan teknologi dan ilmu penguasaan ini penting untuk membela kita dari penganiayaan Barat.

Jika kita lihat perkembangan sains dan teknologi, sejak dari zaman dahulu, umat Islam menguasai bidang ini. Hampir keseluruhan ilmu kajian astronomi misalnya, bermula daripada Islam.

Malah kebanyakan nama-nama bintang di cakerawala berasal daripada nama-nama Arab. Teori-teori perubatan juga banyak berasal daripada Islam.

Antara ulama-ulama dan saintis Islam yang terulung seperti Khalid ibn Yazid, Al-Khwarizmi, Al-Farghani, Ja'far ibn Muhammad Abu Ma'shar al-Balkhi, Al-Farghani, Al-Farabi, Ibn al-Haytam dan banyak lagi.

Sebab itu saya hendak pergi ke sekolah agama dan mahu menyedarkan mereka tentang betapa pentingnya ilmu agama, termasuk dalam soal perubatan, sains dan astronomi diperdalamkan.

Sudah sampai masanya untuk kita mengembalikan keagungan Islam seperti dahulukala khususnya dalam bidang sains dan astronomi.

Impian saya adalah untuk mengumpul kesemua sembilan astronaut Islam dan cuba menyumbangkan kepada dunia Islam dengan apa cara sekalipun. Insyaallah masa akan menentukannya .

Akhir sekali, ada pandangan pro dan kontra, juga mungkin ada cadangan membina untuk Sheikh dari kalangan rakyat, adakah Sheikh sedia menerima pandangan-pandangan ini?
Ya. Sudah tentu saya bersedia. Saya juga bukan sempurna dan banyak kelemahan untuk diperbaiki. Saya terbuka kepada teguran, kritikan dan nasihat.

Jika ada pihak yang hendak memberikan pandangan, jika saudara tidak keberatan, boleh guna email saudara untuk mereka berikan pandangan, dan saudara forwardkan kepada saya. Terima kasih.

Dari Harakahdaily http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=018325&Itemid=109

20081001

Ayat Al Quran isu roket dan angkasa lepas

Berikut ialah ayat Al Quran yang menceritakan mengenai keupayaan manusia untuk ke angkasa lepas hanya boleh dilakukan dengan kekuatan roket. Dipetik dari rancangan rencana di televisyen “The Science in Quran”

“ Hai jama’ah jin dan manusia , jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi , lintaslah , kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan”

Surah Ar Rahman , Ayat 33 ( 55:33)

20080930

Roket guna gula sebagai bahanapi



Jika sebelum ini kita bermain roket menggunakan air (water rocket) sebagai bahanapi , sekarang kita bermain roket menggunakan gula (sugar rocket) pula sebagai bahanapi.

Maklumat lanjut di laman web berikut :

How to make Sugar Rockets

The easiest way to launch the rocket is to glue it onto a guide stick. You can use a drop of instant cyanoacrylate model cement or just use white glue and masking tape to glue on the sticks. To ignite the rocket,you can use an electric igniter or just tape a filament of wire from a piece of coarse steel wool over the priming cap, “attach each end to an electrical lead or alligater clips.Attach leads to a “strong battery, and fire by closing a switch to complete the circuit.

Combine these 3 substances in the following proportions by weight:
Potassium Nitrate…….63%
Sugar……………….27%
Sulfur………………10%

Info lanjut di http://www.bombshock.com/archives/homemade_bombs/how_to_make_sugar_rockets.html

20080924

The Star , Tuesday November 6, 2007

Ministry to set up ‘Rocket Clubs’ in schools

"We hope the two (Dr Sheikh Muszaphar and Dr Faiz) will develop political interest. We will take it from there" - KHAIRY JAMALUDDIN

KUALA LUMPUR: Rocket Clubs will be set up in schools to instil interest in aerospace and astrophysics, Umno Youth vice-chief Khairy Jamaluddin said.

He said Education Minister Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein was inspired to set up the clubs following the successful mission of the first Malaysian Angkasawan.

Hishammuddin had called on Angkasawan Dr Sheikh Muszaphar Shukor and Major Dr Faiz Khaleed to support the programmes.

Dr Sheikh Muszaphar and Dr Faiz were at the Putra World Trade Centre to share their experiences with Umno delegates.

They also handed over the Jalur Gemilang, which Dr Sheikh Muszaphar brought to space, to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Asked if Umno Youth would woo Dr Sheikh Muszaphar and Dr Faiz to join the party, Khairy said the response from the duo had been encouraging.

“We hope the two will develop political interest. We will take it from there,” he added.

Dr Sheikh Muszaphar said the Umno assembly could be used as a platform to generate interest in science, technology and aerospace.

“I have a greater responsibility now. I am willing to play an active role to instil interest in aerospace, especially among the younger generation,” said Dr Sheikh Muszaphar, who also presented a slide show on his experiences in space.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/11/6/nation/19390318&sec=nation

20080730

Gambar Pelancar Roket Air

Bahan Asas :
Paip PVC
Cable Tie
Clip
Nut Tube
Kayu
Tali


Kunjungi Karnival Udara N.Sembilan 08 8-10 Ogos

KARNIVAL UDARA NEGERI SEMBILAN 2008 – KUNS 2008
Bertempat di Taman Penerbangan Rembau, Negeri Sembilan
Tarikh: 8 – 10 Ogos 2008 ( Jumaat – Ahad)

Pelbagai acara menarik menanti anda :
- Pertandingan Kapalterbang Remote Control - RC Aircraft International Competition
- Menaiki Helikopter - Helicopter Joyrides
- Pesawat Ringan - Ultralight Aircraft
- Pameran Kapalterbang - Aircraft Static Display
- Pertunjukan Payung Terjun - Sky-Dives
- Luncur Payung Terjun Bermotor - Motorized Paragliding
- Pameran-pameran berkaitan Aviasi
- dan banyak lagi ...

Saksikan Video Promo KUNS 2008 di YouTube http://ru.youtube.com/watch?v=Ap7HthBsYC4

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

Sebarang Pertanyaan Hubungi 012-2811874

Anjuran :
Kelab Penerbangan & Rekreasi Udara Negeri Sembilan
Negeri Sembilan Sports Aviation Club (NSSAC)
http://www.nssac.net/
http://nssac.net/
ATURCARA PROGRAM DAN PETA LOKASI
Diambil dari pautan berikut :http://www.umranrc.com/forum/forum/viewthread.php?thread_id=697&pid=38126#post_38126

7 August 2008 (Thursday)
Arrival of participants from outstation and overseas

FLYING FIELD A (AIRPLANE COMPETITION)
8 AUGUST 2008 (FRIDAY)

0900 – Final site preparation
1030 – Free flying and testing of runway
1200 – Break for Friday prayer
1400 – Registration/Transmitter Impound
1500 – F3A ASEAN Advance (Round 1) (GP)
1630 – Free Flying
1700 – F3D Pylon Racing (Round 1) (GP)
1830 – Free Flying
1900 – End of Day 1 session

FLYING FIELD B (HELICOPTER COMPETITION)
8 AUGUST 2008 (FRIDAY)

0900 – Final site preparation
1030 – Free flying and testing of runway
1200 – Break for Friday prayer
1400 – Registration/Transmitter Impound
1500 – F3N ASEAN Advance (Round 1) (GP)
1630 – Free Flying
1700 – Fun Fly Competition : Drag Race (EP & GP)
1830 – Free Flying
1900 – End of Day 1 session

FLYING FIELD A (AIRPLANE COMPETITION)
9 AUGUST 2008 (SATURDAY)

0830 – Registration/Transmitter Impound
0900 – F3A ASEAN Advance (Round 2) (GP)
1000 – F3D Pylon Racing (Round 2) (GP)
1130 – Rest
1230 – Fun Fly Competition : simple aerobatic (GP) (EP)
1330 – Free Flying
1400 – Bell 206 & IFA Joyrides
1600 – Opening Ceremony Negeri Sembilan Air Carnival 2008 and Aeromodelling Prize Giving
1645 – Aeromodelling Demonstration
1715 – Parajump Demonstration
1735 – Bell 206, IFA & MXL joyrides
1800 – Motorised Paraglider Demonstration
1900 – END
** EP - Electric Power
** GP - Glow Power

FLYING FIELD B (HELICOPTER COMPETITION)
9 AUGUST 2008 (SATURDAY)

0830 – Registration/Transmitter Impound
0900 – Free Flying
0930 – F3N ASEAN Advance (Round 2) (GP)
1030 – Fun Fly Competition : Autorotation Spot Landing (GP)
1130 – Rest
1230 – Free Flying
1400 – Bell 206 & IFA Joyrides
1600 – Opening Ceremony Negeri Sembilan Air Carnival 2008 and Aeromodelling Prize Giving
1645 – Aeromodelling Demonstration
1715 – Parajump Demonstration
1735 – Bell 206, IFA & MXL Joyrides
1800 – Motorised Paraglider Demonstration
1900 – END
** EP - Electric Power
** GP - Glow Power

10 AUGUST 2008 (SUNDAY)
0800 – Motorised Paraglider demonstration
0900 – MXL, IFA & Bell 206 joyrides
1100 – Aeromodelling Free Flying
1130 – Fire Department Helicopter demonstration
1200 – Aeromodelling Free Flying and demonstration
1300 – Lunch Break
1400 – Bell 206 & IFA Joyrides
1530 – Parajump Demonstration by Fire Department
1600 – Aeromodelling Free Flying
1645 – Bell 206 & IFA Joyrides
1800 – Motorised Paraglider Demonstration
1900 - END

Sila klik pada Peta dan Imej untuk gambar lebih jelas










20080404

Aero-Modelling Workshop

Dear Aerospace members,

We would like to inform you that an aeromodeling workshop will be held on the 19th April 2008, 9:00 at our centre.

Kindly register as soon as possible to ensure there is available seats as its limited to 20 seats only.

Please do not hesitate to contact Marilyn @ 03-7845 0452 marilyn.aerospacedu@yahoo.com

20071206

Kapal Terbang Kertas

Terdapat empat kuasa yang menentukan samada kapal terbang boleh terbang :
1. Graviti – Untuk mempastikan kapal terbang meluncur, ianya mesti menghasilkan kuasa apungan yang lebih besar dari kuasa graviti

2. Apungan (lift) – Apungan terhasil dari pertukaran tekanan udara sekeliling sayap kapal terbang. Apabila tekanan udara di bawah sayap lebih besar dari berat kapal terbang, ia akan meluncur

3. Tarikan (drag) – Sebelum kapal terbang boleh meluncur, terjahan mestilah mengatasi tarikan dan apungan mengatasi berat. Pada penerbangan lurus, terjahan sama dengan tarikan dan apungan sama dengan berat. Untuk mendarat terjahan mesti dikurangkan dari tarikan dan apungan dikurangkan dari berat

4. Terjahan (thrust) – Enjin diperlukan untuk menghasilkan terjahan ke hadapan. Enjin kipas atau jet digunakan untuk menaikkan terjahan

Bagaimana Untuk Menerbangkan Kapal Terbang Kertas
1. Penerbangan Perlahan - Pegang kapal terbang pada kedudukan hadapan bahu. Baling kapal terbang ke hadapan dan sedikit ke bawah

2. Penerbangan Laju - Pegang kapal terbang pada kedudukan hadapan bahu untuk jarak dekat atau atas bahu untuk jarak jauh. Baling kapal terbang mendatar untuk jarak dekat dan sedikit ke atas untuk jarak lebih jauh

3 Penerbangan Tinggi – Baling kapal terbang ke atas sepenuh tenaga. Kapal terbang yang baik akan meluncur ke atas, mendatar dan meluncur ke bawah

Kategori Pertandingan Kapal Terbang Kertas :
A. Jarak Penerbangan Paling Jauh
B. Pendaratan Tepat Pada Sasaran
C. Masa Penerbangan Paling Lama
D. Penerbangan Paling Tinggi
E. Penerbangan Akrobatik
F. Model Kapal Terbang Yang Menarik

Abbas Ibn Firnas - Bapa Penerbangan

Klik sini http://ikam-space.blogspot.com/2007/11/abbas-ibn-firnas-bapa-penerbangan.html

Cara Membuat Roket Air

Klik sini http://ikam-space.blogspot.com/2007/11/cara-mudah-membuat-roket-air.html